Sunday, May 12, 2013

puisi indah : nikmat Ilahi

disuatu sudut aku terhenti,
pelbagai soalan datang menghampiri,
lalu ditanyakan kepada hati,
bersyukurkah aku selama ini?

setiap hembusan nafasku,
setiap tutur kataku
setiap langkahku
adakah aku berada dijalanMu?

aku bertanya lagi
tidak cukupkah dengan apa yang Kau beri?
ku pandang langit,
langit biru yang selalu aku kagumi,
cahaya semangat mentari terbit pagi,
bersama burung menyanyi mencari rezeki,
bunga kembang menawan indah sekali,

Ya Allah,
terima kasih atas kurniaan ini,
kadang hati rapuh untuk mengerti,
andai kuturutkan hati,
pasti menjadi korban atas kelemahan diri,
tunjukkan jalannya jika aku tidak mengerti.

kulihat alam terbentang luas ini,
bertapa banyaknya nikmat yang telah diberi, 
lalu aku berkata kepada diri,
renungkanlah hati! 





Friday, May 10, 2013

Puisi Ramadhan : Puisi Rindu

puisi puasa membuka hatiku,
ada sebak ada rindu,
izinkan aku bercerita,
menyampaikan sepetik kalimah yang terasa dijiwa,
nikmatilah setiap baris kata yang aku pilih mewakili rasa,
Ayah, 
diajarkan aku niat berpuasa,
Ibu,
diajarkan aku menahan selera,
katanya puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,
tapi menjaga sikap dan kata-kata,
rindu untuk terawih bersama,
ibu dan bapa,
masih sempatkah kita berpuasa bersama?
masakanmu aku rindu sentiasa,
cukup sayang dan rasa,
1 Rejab telah tiba,
sepurnama lagi Ramadhan menjelma,
mohon doa dari RabbNya,
agar kita dapat bersama,
Ramadhan,
kedatanganmu dinanti,
pemergianmu ditangisi,
mohon maaf dan silap kata,
agar tidak terganggu ibadatnya,
hingga tiba hari kemenangan kita. 

Thursday, May 9, 2013

Puisi Pagi : Puisi Semangat

fajar pagi cahaya terang sejati,
ketikaku kecil aku tidak mengerti,
semangat baru mama bilang setiap hari,
20 tahun kini aku fahami,
apa yang mama katakan benar sekali,
tanpa cahaya fajar pagi,
semangat baru tiada disisi, 
tidak ada sinar kalbu menerangi bumi,
terima kasih kepada Ilahi,
satu lagi hari untuk terus berjuang sehingga masa terhenti. 

Duhai Malam : Puisi Sunyi

duhai malam tersenyumlah,
tidakkah kau lihat indahnya bulan disisimu,
ditemani bintang gemerlapan kelipannya,
duhai bulan tertawalah,
kerana esok fajar harapan akan tiba,
yang membawa segala impianmu,
duhai malam dengarkanlah,
burung-burung menari dan menyanyi dalam perjalanan pulang,
hingga kau tiada alasan untuk kesepian,
duhai malam berjagalah,
disela-sela jagamu ada tangan-tangan suci yang meminta kepada Sang Ilahi,
agar kau terus tabah menemani indahnya bumi ciptaan Ilahi, 
hingga waktu akan berhenti

Awan Jingga : Puisi Senja

Langit yang biru bertukar jingga
Bumi yang berpasakkan langit bertukar warna
Warnanya cantik aku terlena
Baru sebentar aku lihat dia disana
Hilang entah kemana
Aku lupa dia hanyalah segugus awan jingga diwaktu senja
Seperti itulah aku mengagumi awan jingga
Sama seperti aku mengagumi dirimu
Bagi diriku engkau indah 
Indah itu kadangnya menyejukkan mata
Buat aku terpesona walaupun seketika...