Sunday, May 12, 2013

puisi indah : nikmat Ilahi

disuatu sudut aku terhenti,
pelbagai soalan datang menghampiri,
lalu ditanyakan kepada hati,
bersyukurkah aku selama ini?

setiap hembusan nafasku,
setiap tutur kataku
setiap langkahku
adakah aku berada dijalanMu?

aku bertanya lagi
tidak cukupkah dengan apa yang Kau beri?
ku pandang langit,
langit biru yang selalu aku kagumi,
cahaya semangat mentari terbit pagi,
bersama burung menyanyi mencari rezeki,
bunga kembang menawan indah sekali,

Ya Allah,
terima kasih atas kurniaan ini,
kadang hati rapuh untuk mengerti,
andai kuturutkan hati,
pasti menjadi korban atas kelemahan diri,
tunjukkan jalannya jika aku tidak mengerti.

kulihat alam terbentang luas ini,
bertapa banyaknya nikmat yang telah diberi, 
lalu aku berkata kepada diri,
renungkanlah hati! 





1 comment:

  1. Aku menari didalam hujan,
    Basah,sejuk tapi nyaman,
    Aku ke hutan,
    Kulihat unggas terbang riang,
    Aku mendongak melihat awan,
    gebunya seakan gula kapas,
    Aku mendaki sang gunung yang tinggi,
    Mulai aku faham fungsinya,
    Aku tertanya-tanya,
    Kenapa setiap pandangan berbeza pandangan,
    Mungkin dipilih hati,emosi,mungkin juga jiwa raga,
    Ku bangun ku lihat pokok,
    bagiku ia anugerah,
    Andai Tuhan tidak memberimu penglihatan,
    Setiap benda ingin diamati,
    Walau cuma sebesar biji sawi,
    Aku harus bersyukur,
    Masih diberi Tuhan perasaan,
    Untuk berterima kasih,
    Kerana NikmatMu tidak terbatas..



    ReplyDelete