Friday, May 10, 2013

Puisi Ramadhan : Puisi Rindu

puisi puasa membuka hatiku,
ada sebak ada rindu,
izinkan aku bercerita,
menyampaikan sepetik kalimah yang terasa dijiwa,
nikmatilah setiap baris kata yang aku pilih mewakili rasa,
Ayah, 
diajarkan aku niat berpuasa,
Ibu,
diajarkan aku menahan selera,
katanya puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,
tapi menjaga sikap dan kata-kata,
rindu untuk terawih bersama,
ibu dan bapa,
masih sempatkah kita berpuasa bersama?
masakanmu aku rindu sentiasa,
cukup sayang dan rasa,
1 Rejab telah tiba,
sepurnama lagi Ramadhan menjelma,
mohon doa dari RabbNya,
agar kita dapat bersama,
Ramadhan,
kedatanganmu dinanti,
pemergianmu ditangisi,
mohon maaf dan silap kata,
agar tidak terganggu ibadatnya,
hingga tiba hari kemenangan kita. 

2 comments:

  1. popppp!! wah terkezut nani tgk blog ni. ada bakat tersembunyi rupanya pop ni. hehe. selamat berkarya:) dan salam rejab, bulan yg penuh keistimewaan.:)

    ReplyDelete